Ramai yang tertunggu-tunggu dan menanti akan kehadiran bulan Rejab kerana Allah meng-anugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Gandingan di antara 3 bulan (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi mereka yang benar-benar ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t serta peluang utk merebut tawaran Hebat dari Allah s.w.t. #excitednyee...
Setiap satunya mempunyai keistimewaan yg tersendiri.
kemulian Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'ban dengan mlm nisfu sya'ban dan ramadhan dimuliakan dengan malam lailatul Qadr. Di antara Rahmat Allah yg terbesar yg dikurniakan kepada hambaNya adalah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini serta mengangkat darjat di dalam syurga. MasyaAllah besar sungguh nikmat yang Allah bagi.
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar, melakukan solat sunat, bertasbih, sedekah, membaca al-quran, zikir, selawat dan seumpamanya. Sungguh byk sekali keterangan para ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting adalah sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari Allah s.w.t. Tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yg kekal abadi malah menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat, InsyaAllah..
Lafaz niat solat sunat Rejab adalah :
"Sahaja aku solat sunat Rejab, dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Sesungguhnya...
Allah Maha Melihat apa yg kita lakukan,
Allah Maha Mendengar apa yg kita ucapkan,
Allah Maha Tahu apa yg terlintas di hati,
Allah memberi ganjaran atau balasan yg setimpal
setanding dgn usaha yg dilakukan utk mendekatkan diri kpd Allah,
Sebaliknya, jika kita ingkar dan mengambil mudah dalam urusan ibadat,
maka Allah tidak akan peduli perihal hidup kita di dunia & akhirat.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
REJAB digandakan 70 pahala.
SYA'ABAN digandakan 700 pahala.
RAMADHAN digandakan 1000 pahala.
SYA'ABAN digandakan 700 pahala.
RAMADHAN digandakan 1000 pahala.
Jadikan amalan, jgn ditinggalkan..
Selamat beramal (=





